Wednesday, October 28, 2009

dua hati bersatu...(eps. 2)

Hari ni 21 november 2008.Hari jumaat.Selesai masing2 dapat berehat dengan selesanya di "home stay" yang disediakan,kami mengambil kesempatan untuk berjalan sekitar pekan "guar chempedak" untuk meninjau2 suasana dan keadaan di tempat orang;-).Aku dan kakyong pula sibuk mencari barang2hantaran yang masih belum disiapkan.Kami pusing seluruh pekan untuk mencari barang2 yang diperlukan.Alhamdulillah,petang selepas jumaat semuanya selesai.Jadi petang ni kami just rehat2 saje.Semakin detik itu menghampiri,hatiku semakin berdebar.
Selepas maghrib, kami semua bersiap2 untuk majlis pernikahan yang telah dijadualkan akan berlangsung selepas isyak di Masjid Jamek Guar Chempedak.Aku mengenakan baju melayu putih yang baru ditempah untuk majlis pernikahan ni.Kami hanya membawa cincin dan cek wang hantaran sebagai barang hantaran untuk majlis ini.Barang lain akan dibawa pada majlis persandingan esok hari.
Seusai solat isyak secara berjemaah di masjid,kami semua berkumpul di bahagian belakang masjid untuk upacara pernikahan.Ketika ini barulah dapat ku lihat wajah isteriku dari jauh di sudut tepi makngah, ayu mengenakan baju kurung berwarna putih satu set.hehe;-)

Aku diberitahu bahawa tok imam akan datang lewat sikit kerana tok imam ada satu majlis lain di tempat lain.Jadi sementara menunggu kehadiran tok imam,aku mengambil kesempatan berbual dengan ajk masjid yang ada disitu serta berbual bersama bakal pakngahku.hehe.Jantungku berdebar sebenarnya ketika ini.Hanya Allah je yang tau.Tapi cover baek je..hehe

Orang yang ditunggu2 pun tiba,tok imam tiba sekitar jam 930 malam.Tanpa membuang masa, tok imam pun mengeluarkan borang dan meminta kami untuk menandatangani di ruang2 yang perlu.Hatiku semakin berdebar.Aku diminta untuk duduk di atas kusyen yang telah disediakan untuk pengantin lelaki;-)


Alhamdulillah,akhirnya aku selamat diijabkabulkan oleh bapa mertua ku sendiri dengan sekali lafaz sahaja.Debaran ku terhenti seketika.Aku merasa lega.Aku telah secara rasminya menjadi suami kepada FAIRUZ BT AHMAD ISTIHAR.Doa dibacakan oleh tok imam dan diaminkan oleh semua yang hadir.InsyaALLAH mudah-mudahan apa yang didoakan akan diperkenankan Allah S.W.T..Setelah selesai berdoa dan membaca taklik,aku meminta izin untuk mengerjakan solat sunat 2 rakaat tanda kesyukuran kepadaNYA.Selesai majlis akad nikah,kami semua dijemput untuk ke rumah mertuaku untuk majlis tahlil dan doa selamat serta jamuan.



Di rumah,kami disambut oleh sebahagian ahli keluarga dan jiran2 terdekat serta jemaah surau yang berhampiran.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat kemudian jamuan.Dalam majlis ini,aku diperkenalkan oleh abah(panggilan pada bapa mertua) kepada tetamu yang hadir.Selepas jamuan, barulah diadakan acara menyarung cincin dan menyerahkan wang mas kahwin kepada pengantin perempuan.Majlis diadakan di atas pelamin yang telah disediakan.Hehe,malu2 juga aku ketika sesi bergambar kerana diminta untuk memeluk isteriku dikhalayak.Malunya..;-)Malam ni aku belum boleh tidur bersama isteriku lagi,hehe.Jadi setelah selesai semuanya,kami pun bergerak pulang ke homestay untuk berehat dan tidur.....selesai sudah satu episod baru dalam hidupku..esok ada lagi..huhu..





Sunday, October 25, 2009

selamat hari lahir..




Assalamualaikum..25 haribulan oktober merupakan hari yang istimewa buat diriku. Kira2 27 tahun yang lepas,aku selamat dilahirkan di HBospital Sultanah Aminah JB.Aku adalah putera ke 3 hasil perkongsian hidup insan yang sangat aku sayang iaitu En Abdul Wahid bin Mohamad dan Pn Norjanah bte Hj Buang.

Aku menerima ucapan "bday" pertama kira2 jam 12.05 pagi dari isteriku tersayang yang berda jauh di Miri.Sedihnya dia tidak berada disisiku ketika itu.Itulah dugaan dalam perkahwinan kami. Kami terpaksa berjauhan sejak kami berkahwin.Aku juga banyak mendapat ucapan dari kawan2 di facebook.Kiranya facebook dapat menyatukan kita semua yang sudah berjauhan atas komitmen kerja masing2.Dapat juga kita semua bertukar khabar,cerita dan perasaan walaupun masing2 dah duduk berjauhan.




Bila berbicara tentang kelahiran, ada 3 perkara yang kita tak boleh pisahkan.




PERTAMAnya adalah kita diciptakan oleh siapa?KEDUAnya ialah dari benih siapa kita dilahirkan? dan KETIGAnya bila ada kelahiran pasti ada kematian..bila kita akan menghadapi KEMATIAN?Setiap makhluk yang diciptakan di alam ini pasti nya dijadikan oleh pencipta yang satu iaitu ALLAH. Dari ALLAH lah kita datang dan kepada ALLAH lah kita kembali.DIAlah tuhan kepada sekelian alam.Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku telah ditakdirkan ALLAH untuk menjadi umat Islam dan dilahirkan di negara Malaysia yang indah,aman dan permai ini.Tuhan,kepadaMulah aku panjatkan kesyukuran ini.Terima kasih juga aku dendangkan khusus kepada ayah ibu ku yang selama ini dengan penuh sabar dan penuh kasih sayang menjaga,memberi kasih sayang dan mendidik aku sejak dari hari pertama aku melihat dunia hinggalah ke hari ini.AYAH IBU,terlalu besar pengorbanan yang dicurahkan kepada ku,moga ALLAH akan membalas segala kebaikanmu dengan syurga yang abadi,amin!TERIMA KASIH AYAH DAN IBU,AKU AMAT MENYAYANGIMU!!Bila bicara tentang hari lahir,ingatlah bahawa apabila kita bertemu dengan hari lahir kita,maka makin pendeklah umur kita.Mati boleh datang pada bila2 masa,jadi bersediakan aku..YA ALLAH,ampunilah segala dosa2ku,panjangkan umurku,murahkanlah rezekiku,berilah aku kesihatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Akhirnya,terima kasih kepada sahabat2 atas segala ingatan,ucapan dan kiriman doa yang kalian berikan.Semoga ukhwah yang kita bina akan kekal hingga ke akhir hayat.Sebenarnya banyak lagi nak tulis,tapi cukuplah sampai sini dulu.NAnti jumpa lagi.;-)



Thursday, October 22, 2009

dua hati bersatu...(eps. 1)

ALHAMDULILLAH...setelah 6 bulan aku dan fairuz mengikat tali pertunangan,akhirnya kami telah disatukan dalam satu majlis ijab dan kabul pada tarikh yang telah dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak.Detik ini merupakan detik yang paling mendebarkan bagi mana2 pasangan pun termasuklah aku.
Rombongan aku yang terdiri dari 4 buah kereta disertai oleh ahli keluargaku,tokcik,makdi sekeluarga,makjah sekeluarga,pakusu,cikbad dan li.Kami bertolak lebih kurang jam 9.30 malam secara "konvoi".Destinasi pertama yang kami tujui adalah Hentian R&R Pagoh untuk minum2 dan menghilangkan ngantok.Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk berehat sebelum menyambung semula perjalanan yang masih jauh.Seterusnya kami berhenti di hentian sebelah USJ lebih kurang jam 2 pagi untuk berehat buat kali yang kedua untuk menghilangkan ngantok sambil menyedut rokok sebatang dua.hehe.Maklumlah perjalanan jauh ditambah pula dalam kepekatan malam.Driver mestilah penat,penumpang2 semua masing2 dah dilamun mimpi yang enak2 agaknya..Perjalanan diteruskan lebih kurang jam 3 pagi,lebuhraya dalam keadaan lengang mungkin disebabkan waktu tengah malam.Kami seterusnya berhenti di hentian R&R Sungai Perak untuk menyempurnakan kewajipan sebagai hamba ALLAH di waktu subuh.Ketika sampai di sini,aku menerima panggilan dari Fahiz Pathan yang memaklumkan bahawa Datuk Ali b Ahmad (Ketua Hakim Syarie Johor) iaitu ayah kepada anak ali(kawan baik aku dan kawan sekampung sejak kecil) telah meninggal dunia jam 4 pagi tadi kerana diserang asma.Aku terpaku!termenung mengingatkan kenangan2 lama bersama arwah. Sayu hatiku kerana tak berkesempatan untuk berjumpa setelah kali terakhir aku berjumpa arwah di hospital sultan ismail kira2 setahun yang lalu ketika arwah menghidap kencing manis.Aku sememangnya sudah "plan" untuk berjumpanya setelah selesai majlis di kedah ni untuk menghantar kad jemputan kahwinku namun ALLAH lebih menyayangi arwah!!Ya Allah,kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman!amin!Seusai mnegerjakan solat subuh secara berjemaah, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang bakal menjadi kampung baru ku..hehe.





Alhamdulillah,akhirnya lebih kurang jam 8.30 pagi kami selamat sampai di Guar Chempedak dan terus mencari kedai untuk mengisi perut kami yang kelaparan.hehe.Setelah selesai bersarapan, kami dibawa oleh pak uda ke tempat kediaman (homestay)yang disediakan di kaki gunung jerai!!Ya Allah,indahnya alam ciptaan mu berlatarkan belakangkan kehijauan sawah padi dan kedinginan gunung jerai..Kebanyakan ahli rombongan mengambil kesempatan untuk merehatkan badan setelah menempuh perjalanan yang panjang selama lebih kurang 12 jam...BERSAMBUNG...

kembali menjadi blogger...


Assalamualaikum...alhamdulillah..akhirnya aku kembali ke dunia blogger ini setelah hampir setahun aku tinggalkan..aku pun tak pasti atas alasan apa aku meninggalkan dunia blog ni..nak kata sibuk sangat tak jugak..aku mula merindui blog yang aku wat setahun lalu apabila tengok kawan2 lain dah mula ada blog sendiri..sebenarnya aku terlupa apa username dan password yg aku buat setahun dulu..hehe tu yg blog aku tak ter update,tapi lega rasanya bila aku terjumpa semula buku kecil aku yang dalamnya aku ada tulis username dan password blog ni..hehe..tu yang hari ni bersemangat nak buka internet sebab nak menulis di blog ni.Pasni aku akan catatkan satu persatu perjalanan hidup aku wat tatapan siapa2 yang mengunjungi blog ini. .;-)kawan2...IM COMING!!!!!HEHE