Wednesday, October 28, 2009

dua hati bersatu...(eps. 2)

Hari ni 21 november 2008.Hari jumaat.Selesai masing2 dapat berehat dengan selesanya di "home stay" yang disediakan,kami mengambil kesempatan untuk berjalan sekitar pekan "guar chempedak" untuk meninjau2 suasana dan keadaan di tempat orang;-).Aku dan kakyong pula sibuk mencari barang2hantaran yang masih belum disiapkan.Kami pusing seluruh pekan untuk mencari barang2 yang diperlukan.Alhamdulillah,petang selepas jumaat semuanya selesai.Jadi petang ni kami just rehat2 saje.Semakin detik itu menghampiri,hatiku semakin berdebar.
Selepas maghrib, kami semua bersiap2 untuk majlis pernikahan yang telah dijadualkan akan berlangsung selepas isyak di Masjid Jamek Guar Chempedak.Aku mengenakan baju melayu putih yang baru ditempah untuk majlis pernikahan ni.Kami hanya membawa cincin dan cek wang hantaran sebagai barang hantaran untuk majlis ini.Barang lain akan dibawa pada majlis persandingan esok hari.
Seusai solat isyak secara berjemaah di masjid,kami semua berkumpul di bahagian belakang masjid untuk upacara pernikahan.Ketika ini barulah dapat ku lihat wajah isteriku dari jauh di sudut tepi makngah, ayu mengenakan baju kurung berwarna putih satu set.hehe;-)

Aku diberitahu bahawa tok imam akan datang lewat sikit kerana tok imam ada satu majlis lain di tempat lain.Jadi sementara menunggu kehadiran tok imam,aku mengambil kesempatan berbual dengan ajk masjid yang ada disitu serta berbual bersama bakal pakngahku.hehe.Jantungku berdebar sebenarnya ketika ini.Hanya Allah je yang tau.Tapi cover baek je..hehe

Orang yang ditunggu2 pun tiba,tok imam tiba sekitar jam 930 malam.Tanpa membuang masa, tok imam pun mengeluarkan borang dan meminta kami untuk menandatangani di ruang2 yang perlu.Hatiku semakin berdebar.Aku diminta untuk duduk di atas kusyen yang telah disediakan untuk pengantin lelaki;-)


Alhamdulillah,akhirnya aku selamat diijabkabulkan oleh bapa mertua ku sendiri dengan sekali lafaz sahaja.Debaran ku terhenti seketika.Aku merasa lega.Aku telah secara rasminya menjadi suami kepada FAIRUZ BT AHMAD ISTIHAR.Doa dibacakan oleh tok imam dan diaminkan oleh semua yang hadir.InsyaALLAH mudah-mudahan apa yang didoakan akan diperkenankan Allah S.W.T..Setelah selesai berdoa dan membaca taklik,aku meminta izin untuk mengerjakan solat sunat 2 rakaat tanda kesyukuran kepadaNYA.Selesai majlis akad nikah,kami semua dijemput untuk ke rumah mertuaku untuk majlis tahlil dan doa selamat serta jamuan.



Di rumah,kami disambut oleh sebahagian ahli keluarga dan jiran2 terdekat serta jemaah surau yang berhampiran.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat kemudian jamuan.Dalam majlis ini,aku diperkenalkan oleh abah(panggilan pada bapa mertua) kepada tetamu yang hadir.Selepas jamuan, barulah diadakan acara menyarung cincin dan menyerahkan wang mas kahwin kepada pengantin perempuan.Majlis diadakan di atas pelamin yang telah disediakan.Hehe,malu2 juga aku ketika sesi bergambar kerana diminta untuk memeluk isteriku dikhalayak.Malunya..;-)Malam ni aku belum boleh tidur bersama isteriku lagi,hehe.Jadi setelah selesai semuanya,kami pun bergerak pulang ke homestay untuk berehat dan tidur.....selesai sudah satu episod baru dalam hidupku..esok ada lagi..huhu..





No comments: