
Alhamdulillah,setelah bertahun-tahun menunggu keputusan,akhirnya ayah dan ibuku terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH pada tahun ni.Persediaan mula kami buat sejak tenngah tahun yang lalu apabila ibu mula mendapat surat dari tabung haji memaklumkan bahawa nama ayah dan ibuku ada dalam senarai menunggu.Setiap hari aku tak lupa berdoa pada ALLAH agar memakbulkan hajat ayah ibuku untuk menunaikan haji pada tahun ni.Aku dan kakyong mula menjadi pemanggil setia tabung haji sejak lepas raya aidilfitri,tujuannya untuk mengetahui tarikh penerbangan haji.Hinggakan satu ketika pegawai tabung haji memaklumkan bahawa dalam rekod mereka, aku dan kakyong telah membuat panggilan kepada tabung haji sebanyak 20kali dalam seminggu.hehe.Setelah ayah dan ibu mendapat surat untuk pergi ke kursus haji perdana dan surat untuk ambil barang,kami yakin bahawa rezeki ayah ibu untuk pergi haji adalah tahun ni,akhirnya pada 29 oktober lalu,aku menelefon tabung haji dan dimaklumkan bahawa tarikh penerbangan ayah ibuku adalah pada 15 november 2009.Syukur padamu YA ALLAH!!Sejak dari tarikh itu,rumah kami tidak putus2 menerima kunjungan samaada dari saudara mara,kawan2 serta kenalan yang berhajat untuk menziarahi kedua orang tuaku.Kami sepakat untuk mengadakan kenduri sempena pemergian ayah ibuku ke mekah pada 7 november 2009.Alhamdulillah,ramai saudara dan kenalan mereka hadir dari tengahari hingga ke malam.Penatnya macam buat kenduri kahwin..hehe.Timakasih gak kat mertua aku yang sanggup turun ke johor untuk menziarahi kedua orangtuaku.Apalagi rumahku yang tunggang langgang tu jadi portlah..hehe..juga pada isteriku yang sanggup cuti panjang untuk menemani ibuku sebelum mereka berangkat ke mekah.
Akhirnya, masa yang ditunggu hampir tiba,segala persiapan telah dibuat dan disetelkan.Pada sabtu sehari sebelum tarikh yg dijadualkan,rumah kami masih tidak putus2 dikunjungi oleh saudara mara dan kenalan.Adik beradik ibu ,atok dan tokcik tidur di rumah untuk membantu apa yang perlu.Malam tu kami semua tidur tak lena kerana masih sibuk mengemas dan berborak panjang.Ditambah dengan ragam haziq yang sentiasa menangis kerana tidak sihat hingga terpaksa dibawa ke klinik sampai 2 kali.Tepat pukul 4 pagi kami semua bangun,kakyong,makdi,makjah sibuk menyediakan sarapan.Ayah dan ibu bersiap dengan pakaian ihram.Akhirnya selepas masing2 menunaikan solat subuh,pak jaafar(jiran depan uma) datang untuk membaca doa dan azan.Airmata masing2 tak dapat dibendung ketika ayah dan ibu bersalaman dengan semua.Kadang2 aku terpikir gak,napa kita perlu bersedih sedangkan mereka nak pergi mekah untuk menjadi tetamu ALLAH,tetapi itulah perasaan manusia,kasih sayang kita pada mereka menyebabkan kita sukar untuk berjauhan dengan mereka.Kami membuat keputusan menggunakan satu kereta saje untuk menghantar ayah ibu bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku.Tepat pkul 615 pagi,aku,kakyong,chik,ayah dan ibu bertolak ke senai.Alhamdulillah,kesesakan yang dijangkakan tidak berlaku.Jalan tidak "jammed" untuk ke airport senai.
Sampai di airport,kelihatan sudah ramai bakal2 haji sudah tiba,ada yang bersembahyang di bawah parking kereta,bawah pokok,itulah kelebihan kita umat Islam,bumi ALLAH ini luas dan di mana2 saja boleh dijadikan tempat untuk menyembah pencipta kita.Setelah selesai lapor diri,aku dan kakyong mengemaskan beg wat kali terakhir,akhirnya masa yang ditunggu akhirnya menjelma...aku mencium tangan ibu,mencium pipi dan dahi ibu serta memeluk ibu dengan erat sambil berbisik sesuatu agar ibu mendoakan aku di tanh suci nanti.Airmata tidak dapat aku tampung,akhirnya jatuh jua,aku menjadi lebih hiba apabila bersalaman dan memeluk ayah dengan erat.Aku juga membiasikkan sesuatu ke telinga ayah untuk mendoakan aku nanti.Ayah dan ibu masuk ke dalam balai berlepas bersama bakal2 haji yang lain.Dalam hati kecil aku berdoa "ya ALLAH, kau berilah kesihatan dan kekuatan kepada ayah ibuku,panjangkan umur mereka, dan kurniakanlah mereka haji yang mabrur" amin...semoga ayah ibukuakan mendapat ketenangan untuk beribadah di tanah suci nanti.Semoga mereka selamat pergi dan balik..aku akan sentiasa merindui ayah dan ibuku....
No comments:
Post a Comment